Jenis Kelisa / Arowana I

Banjar Red Arowana













+ Mirip dengan Arowana Yellow Tail / Green Arowana.
+ Ekor bewarna merah dan skala warna hijau metalik.
+ Di kenali juga arowana merah kelas kedua.


Green Arowana.













+ Memiliki warna hijau kelabu gelap dan ekor bergaris hijau kekelabuan.
+ Spesis yang paling banyak di Asia dan juga terdapat di Malaysia, Indonesia dan Thailand.


Malaysian Golden Arowana














+ Salah satu spesis yang paling mahal di Asia.
+ Ada banyak pilihan Arowana Emas Malaysia seperti Golden Bluebase iaitu boleh dikenali dengan mengamati berdasarkan skala warna metalik biru.
+ Golden Crossback Sejenis lagi dengan warna emas mengelilingi belakangnya atau semua keseluruhan badannya keemasan, 
+ Jika mempunyai badan setengah emas pula dikenali sebagai Arowana Highback 
+ Sejenis lagi dikenali sebagai 'Super Highback'.



Platinum Arowana












+ Dihasilkan menggunakan teknologi canggih dimana hasil kacukan baka-baka ikan arowana yang terbaik di dunia.
+ Ianya juga merupakan ikan arowana yang termahal di dunia yang pernah dihasilkan. Ianya jarang sekali ditemui, ini kerana hanya pengusaha yang mempunyai teknologi tersebut boleh membiakkan ikan jenis ini.Malah permintaannya adalah amat tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. 
+ Kebanyakan ikan ini dibeli oleh pasaran luar seperti Jepun, Korea, China dan negara-negara barat.

 
Red Tail Golden Arowana












+ Kebanyakan Red Tail Golden Arowana akan mempunyai warna emas disisiknya mencapai baris keempat.
+ Sekiranya sisik yang lebih baik akan mempunyai warna emas itu mencapai baris kelima. 
+ Sisiknya akan bersilang terus di belakang badannya sehingga sisik yang keenam. 
+ Jenis ini juga agak mahal dipasaran kerana keunikan sisiknya yang dipanggil Super highback.

Silver Arowana  

+ Osteoglossum bicirrhosum berasal dari Amazon Basin. 
+ Ianya mempunyai sirip dan ekor yang panjang dan sisiknya dipenuhi dengan warna perak
+ Terdapat juga spesis yang serupa iaitu Black Arowana dimana ikan ini berwarna kelabu kehitaman.


Super Red Arowana










 

+ Merupakan salah satu ikan yang popular di kalangan semua Arowana Asia, terutamanya kerana warnanya begitu menyerlah sekali. 
+ Dengan sirip merah muda dan begitu juga dengan bibir merah serta sisiknya, boleh dikatakan semua penggemar tidak mampu menahan godaan untuk memiliki salah satu daripada mereka
+ 'Super Red atau Merah Kelas Pertama'  








< Malaysian Highback Golden











< Red Arowana





 






< Red Tail Arowana






 





< Yellow Tail Arowana 















< Malaysia Golden/ Malaysian Bonytongue



< Green Arowana



No comments:

Post a Comment